PESANAN RASULULLAH BUATMU WAHAI WANITA
1. Dari Aisyah RA bahawa adiknya Asma pernah datang mengadap Rasulullah SAW dengan pakaian yang nipis , lalu Rasulullah bersabda " Apabila seseorang wanita telah baligh, tidak boleh lagi terlihat auratnya kecuali ini dan itu " , Rasulullah SAW menunjukkan muka dan tapak tangan baginda. ( HR ABU DAUD )
2. Rasulullah SAW bersabda " Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan yang berpakaian tetapi telanjang ( dedah auratnya ) yang mencondong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya ( HR MUSLIM )
3. Rasulullah SAW bersabda " tidak dibenarkan seseorang lelaki duduk berdua-duaan dengan wanita tanpa dihadiri muhrim ( HR BUKHARI MUSLIM ) . Rasulullah SAW bersabda " tidak berdua-duaan seorang lelaki dan wanita melaikan yang ketiganya syaitan ( HR AHMAD, TERMIZI DAN HAKIM )
4. " Setiap wanita mana sahaja yang memakai wangi-wangian lalu berjalan melalui sesuatu kaum supaya mereka tercium bau wangian itu bererti dia telah berzina " ( HR AHMAD )
Ini baru sedikit yang saya dapat , still mencari lagi dan terus mencari :)
Jadi wanita , HARGAILAH DIRIMU SEBAGAI SEORANG WANITA
" SEINDAH-INDAH PERHIASAN DUNIA ADALAH WANITA SOLEHAH "